Nak pinjam duit segera tanpa slip gaji memang mudah sekarang ni, teringat satu cerita dari sorang member terdesak sangat nak guna duit nak pinjam kat kawan-kawan lain memang tak dapat , akhirnya saya sendiri menjadi tempat peluang terakhirnya untuk meminjam, jumlahnya bukan sedikit hampir RM5000.00 nak dipinjamkan dia, manala saya nak cari .. saya cakap setakat 300 tu adala tu saya minta dia kena bayar pada hujung bulan sebab saya sendiri pun nak guna duit.
Dia cakap terima kasih kat saya sebab sayalah satu kawannya yang sudi tolong walaupun dapat bagi 300 sahaja, dia cakap dia ada jumpa satu iklan ahlong yang boleh tolong kalau nak pinjam duit segera tanpa slip gaji ni. Saya tanya dia betul ker, entah-entah tipu ja.. dia cakap dia ada hubungi ahlong tersebut dan jumpa di satu tempat yang diminta oleh ahlong tu dan dia pun pergi la jumpa untuk berbincang.
Lepas balik dari jumpa ahlong tu yang dia jumpa saya , dia cakap untuk dapatkan pinjaman wang RM5000 tu dia kena masukkan dahulu deposit RM600.00 untuk proses apa tah ahlong tu cakap kat dia, ahlong tu cakap lagi lepas bank in duit RM600 tu baru mereka akan kreditkan RM5000 tu kat kawan saya , saya syak macam ada penipuan pulak antara ahlong dengan kawan saya tu ada ker nak pinjam duit segera tanpa slip gaji ni?
Saya cakap kat kawan saya hati-hati, nanti 5000 tu tak dapat dengan 600 kat tangan kau sekarang ni pun habis lesap, lepas dari tu saya tak tahu dah apa cerita dari dia, last-last orang lain yang tolong settle hutang dia kat saya , tapi tu lah kerana duit habis hubungan dengan kawan-kawan ni, saya harap cerita mengenai ahlong nak pinjam duit segera tanpa slip gaji ini akan menjadi pengajaran untuk kita semua.. semoga bermanfaat
image source : midia.cmais.com