Thursday, December 21, 2017

Teknik Menabung Untuk Orang Berniaga

Bismillah ..



Perasan tak orang cakap berniaga ni boleh jadikan hidup kita senang tetapi kalau lihat dalam 100% orang yang berniaga hanya 10% sahaja yang berjaya dan yang lagi 90% tu tak senang pun, kenapa ya ? kerana 10% yang berjaya ini mereka sentiasa membuat tabungan setiap sen duit berniaga mereka setiap hari, mereka tidak sewenang-wenangnya membelanjakan duit jualan yang mereka dapat setiap ini.

Saya pasti ramai orang yang berniaga ini ni sedang mencari kaedah ataupun teknik menabung untuk orang berniaga ini, yerla dah berniaga hampir 10 tahun tapi bila tanya bab simpanan satu habuk pun tidak ada.. bila tanya lagi kenapa tidak ada? macam mana nak simpan , nak belanja pun tak cukup.. habis tu sampai bila pun tak cukupkan ?

Sebagai orang yang juga berniaga mari saya ceritakan sedikit teknik menabung untuk orang berniaga ini yang mana teknik ni sangat mudah dah sangat senang untuk kita amalkan.. harap lepas ni orang berniaga bolehlah follow dan cuba yer.. ok jom kita lihat tekniknya;

Katakanlah anda berniaga food delivery , setiap hari katakanlah pelanggan anda yang buat tempahan sekitar 100box di mana setiap box berharga RM10.00/box jadi total sehari RM1000.00 jualan kasar anda.. kebiasaan kalau gelap mata memang habis dibelanja wang itu kan ? tetapi jika anda cerdik dan tahu menggunakan teknik menabung untuk orang berniaga ini anda hanya perlu tolak RM1.00 bagi setiap box jualan anda itu di mana lebih kurang RM100.00/sehari dan masukkan kedalam satu tabung khas dan pastikan duit ini tidak boleh diusik oleh anda ya, ingat walauapapun terjadi duit tabungan ini anda tak boleh usik. Kalau terdesak juga , guna duit lain tau :)

Sehari anda perlu masukkan dalam tabung sebanyak RM100, jadikan amalan dan tabiat setiap hari secara anggaran sebulan anda dapat simpan sebanyak RM1200, jika setahun RM14400 tau.. wow ia bukan satu jumlah yang sedikit ataupun satu jumlah yang mudah untuk kita dapatkan dalam masa yang singkat.. kalau anda dah berniaga 10 tahun dan amalkan teknik ini kemungkinan simpanan anda sudah banyak sekarang ni kan ?

Ada yang kata susahlah nak ikut teknik menabung untuk orang berniaga ni , ok kalau susah yang kita fikirkan memang selama-lamanya kita akan susah.. insyallah dengan berkat usaha dan doa kita pasti boleh punya.. kalau tak dapat simpan banyak .. mulakan dengan yang sedikit , apapun paling minima untuk kita simpan adalah 10% daripada setiap nilai jualan kita yer..

Semoga bermanfaat.. jumpa lagi ...

No comments:

Post a Comment