Wednesday, December 20, 2017

Cara Cari Duit

Bismillah ..


Tengok tajuk kat atas pun dah risaukan .. ramai yang sedang memikirkan cara cari duit dan bagaimana nak buat duit saban hari ni?.. yerla kalau diharapkan dengan gaji dan perbelanjaan sekarang ni dah tak setimpalkan? cuba bawa RM50 ke pasar alahai apa sangat barang yang boleh kita beli dengan nilai tersebut, silap-silap dua ataupun tiga barang sahaja dah habis RM50 tu

Kawan, percayala sebelum kita mencari idea cara cari duit ni adalah lebih baik kita memikirkan kembali masa lalu yang telah kita lalui sebelum ini, pesan guru apa yang berlaku sekarang adalah hasil dan usaha kita 5 ker 10 tahun yang lepas, kalau di fikirkan kembali rasa menyesalkan ? 

Usah menyesal kawan , ayuh kita bangkit semula. Mari kita sama-sama fikir bagaimana teknik dan cara cari duit yang sebenar , di bawah ini saya senarai cara-cara ataupun teknik mencari duit yang mudah tetapi hanya perlukan sedikit usaha dari kita

1.  Jadi Runner/Rider Makanan dan Barangan 
Sekarang ni ramai orang nak mudah , jadi kalau kita punyai motosikal sendiri kita boleh adakan service runner ataupun rider makanan dan barangan , cuba iklan di facebook insyallah beritahu yang anda seorang runner/rider makanan dan barangan dan letakkan contact no. whatsapp anda, anda boleh huraikan mengenai perkhidmatan anda ini melalui whatsapp dengan pelanggan tersebut

2. Tukang Mesin Rumput
Hanya perlukan modal mesin rumput, anda boleh pergi ke taman-taman untuk iklankan perkhidmatan anda ini, boleh cuba buat iklan menggunakan flyer dan masukkan di dalam peti surat setiap rumah di taman-taman berdekatan dengan kawasan anda.

3. Jual Barangan Lama
Kadang kita tak perasan yang kita punyai barangan lama yang masih punyai nilai, yerla kadang kita rasa sayang nak buang.. daripada buang baik kita jual mana tahu ada orang yang nak beli.. anda boleh cuba iklankan secara percuma di mudah.my dan cuba letak satu harga yang munasabah dan letakan no. whatsapp anda , insyallah jika rezeki adalah pelanggan yang akan hubungi anda nanti tu.. cuba dulu baru kita tahu.

4. Meniaga Kuih-Muih
Ya, mungkin anda ataupun isteri anda punyai kepakaran dalam membuat kuih-muih , contohnya karipap, cuba buat kuih karipap yang sedap-sedap macam kita makan kat rumah tu jangan pulak buat karipap angin hehe.. cuba cari kedai berhampiran dan tumpangkan letak kuih karipap anda itu, insyallah kalau dah sedap pasti akan ramai yang membeli , walaupun mahal sedikit jika sedap dan orang puas hati pasti akan ramai pelanggan yang buat pembelian ulangan.

Oklah itu adalah sedikit sebanyak idea yang kita dapat dari teknik ataupun cara cari duit ini. semoga bermanfaat.. jumpa lagi.






No comments:

Post a Comment